suria

Mekanik Motosikal Cedera di Tangan Dan Kaki Ditembak Semasa Sedang Minum

IPOH: Seorang mekanik motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki akibat ditembak di sebuah restoran di Medan Sitiawan dekat Manjung di sini.

Mangsa berumur 37 tahun yang dirawat di Hospital Seri Manjung kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata ketika kejadian pukul 12.30 tengah malam tadi, mangsa sedang minum di restoran berkenaan bersama dua rakannya.
 
"Suspek bertindak menembak mangsa dengan melepaskan beberapa tembakan sebelum melarikan diri menaiki motosikal," katanya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dalam kegiatan kongsi gelap atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya kes berkenaan tiada kaitan dengan kejadian tembak yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung baru-baru ini.

ditembak, mekanik

Artikel Lain