suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Student Formula Japan: UTM KL Pertaruh 'Rimaulaya'

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) Racing akan mempertaruhkan jentera ciptaan mereka 'Rimaulaya' pada pertandingan Student Formula Japan (SFJ) 2014, pada 2 hingga 6 Sept ini di Shizouka, Jepun.

Ketua Pasukan UTM KL Racing, Muhammad Taufiq Md Zin berkata, penyertaan sulung universiti itu menyasarkan tempat dalam ranking kelompok terbaik dunia.

"Pasukan kami akan mengambil bahagian dalam kategori Internal Combustion (ICV) dan kami mengambil masa enam bulan untuk membuat persiapan pengurusan dan teknikal," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran 'Rimaulaya' di sini, Selasa.

Sementara itu, Pengarah Kampus UTM KL, Prof Dr Hamdani Saidi berkata jentera Rimaulaya yang dibina sepenuhnya oleh mahasiswa Diploma UTM KL dengan menggunakan enjin R6 600cc ini mampu mencatat hadlaju 0 hingga 60km sejam dalam masa 7 saat.

"Dengan kelajuan ini kita harap dapat melayakkan kita menjulang kejuaraan dalam pertandingan yang julung kali disertai pasukan dari Malaysia," katanya.


UTM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain