suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Lagi Peserta Pesta Sukan Bogel Diburu

GEORGE TOWN: Polis sedang memburu enam lagi peserta pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi, Balik Pulau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata sembilan individu telah direman setakat ini.

"Daripada enam yang dikehendaki, salah seorang daripadanya adalah rakyat Malaysia, manakala selebihnya warga asing.

"Kami akan bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan mereka," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Raya bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Polis Marin di Unit 3, FRU di Air Itam pada Selasa.

Semua kesembilan individu yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis.

Secara keseluruhannya, 29 keterangan daripada pegawai taman sehinggalah beberapa saksi berjaya dirakamkan.

pesta bogel, Pantai Teluk Kampi

Artikel Lain