PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda kembali ke tanah air bagi menyelesaikan krisis politik di Selangor khususnya membabitkan kedudukan menteri besar.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, beliau menerima permohonan daripada Khalid untuk menghadap Sultan Sharafuddin di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di Selangor serta kedudukan beliau sebagai menteri besar.
"Permohonan beliau telah saya persembahkan kepada baginda.
Datuk Mohamad Munir Bani.
Dengan itu secara automatik Khalid hilang sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor apabila kesemua 43 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat menolak beliau sebagai menteri besar.
Kenyataan media Istana Selangor berhubung titah Sultan Sharafuddin agar Khalid menunggu baginda pulang ke tanah air bagi menyelesaikan krisis politik membabitkan kerusi Menteri Besar.
Keputusan itu sekaligus menolak pendirian dan sokongan yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.
Difahamkan Khalid hanya akan menghadap Sultan Selangor selepas 27 Ogos ini setelah baginda pulang ke tanah air.


