suria

Isu MB: Mesyuarat Bulanan Khalid Dengan Pegawai Kerajaan Dibatalkan

Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Mesyuarat perhimpunan bulanan antara pegawai kerajaan dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurut kenyataan dari sekretariat media kira-kira pukul 7.40 pagi memaklumkan kepada pemberita bahawa mesyuarat yang diadakan di Dewan Jubli Perak pada pukul 8 pagi dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Program mesyuarat perhimpunan bulanan itu dianjurkan oleh Yayasan Selangor.

Kedudukan Khalid terancam selepas PAS memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap beliau dan menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khalid yang mengesahkan beliau akan memaklumkan kepada Sultan mengenai perkembangan terbaharu itu, masih belum memasuki pejabatnya pada Isnin.

Menurut sumber, Khalid dikatakan mengadakan mesyuarat dari kediamannya di Bukit Damansara.


Artikel Lain