suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut Petir Dijangka Berterusan Lewat Malam Sabtu

KUALA LUMPUR: Ribut petir di perairan Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak (Mukah, Bintulu, Miri), Labuan dan Sabah (Pedalaman dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat malam Sabtu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia angin kencang dengan kelajuan 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak dengan ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

Keadaan ribut petir serta angin kencang dan laut bergelora juga diramal melanda perairan Reef South, Condore dan Sulu sehingga lewat malam ini dengan angin mencapai kelajuan 50 kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter, kata jabatan itu dalam kenyataan pada Sabtu.

ribut, petir

Artikel Lain