suria

Penganggur Mengaku Tak Bersalah Ugut Bekas KPN

Selvarajoo diiring anggota polis selepas mengaku tidak bersalah mengugut bekas Ketua Polis Negara di Mahkamah Majistret Melaka, Jumaat.
MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.

P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ezwaney Husin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 September untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Lain