suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ebola: Wisma Putra Keluar Nasihat Perjalanan Ke Afrika

Pesakit Ebola di negara Afrika terus mendapat perhatian petugas kesihatan.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihat supaya mengelak daripada melakukan lawatan ke negara Afrika yang dilanda wabak Ebola, khususnya Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan juga meminta rakyat Malaysia agar berhati-hati apabila membuat perjalanan ke wilayah lain di Afrika.

"Kepada mereka yang terpaksa melakukan perjalanan ke negara-negara dilanda Ebola, adalah dinasihatkan supaya mengikut nasihat serta panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengurangkan risiko jangkitan," menurut kenyataan itu.

Rakyat negara ini yang menghadapi sebarang kecemasan ketika berada di negara-negara terjejas dengan Ebola boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Republik Guinea menerusi talian 00224622354050 dan 00224622667879 atau emel mwconakry

 

Ebola, Afrika, Wisma Putra

Artikel Berikut

Artikel Lain