suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawalan Keselamatan Bangunan SUK Selangor Dipertingkat

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mengetatkan kawalan keselamatan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi mengelak insiden tidak diingini, dicetuskan pihak tertentu susulan kemelut jawatan Menteri Besar.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohammed Kushrin Munawi berkata arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan pihaknya yang turut melibatkan pemantauan secara berterusan di kawasan bangunan pentadbiran kerajaan negeri.

"Arahan telah dikeluarkan supaya keselamatan bangunan SUK ini diperketatkan untuk pastikan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Ini kerana kita khuatir jika ada pihak tertentu cuba bertindak di luar kawalan (berkaitan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor 1435 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Sabtu yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah-langkah kerajaan negeri susulan pergolakan jawatan Menteri Besar Selangor setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keanggotaannya oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Sabtu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong ketika mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berkata keputusan pemecatan itu dibuat sebulat suara berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu, katanya, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor.

Abdul Khalid menyertai PKR pada 2007.

Selangor, SUK

Artikel Lain