suria

Najib, Rosmah Fail Permohonan Ketepi Saman Sivil

Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri membuat  permohonan untuk mengetepikan saman sivil yang difailkan keluarga bekas penyiasat persendirian,  mendiang P.Balasubramaniam yang dikemukakan terhadap beliau dan tujuh individu lain.

Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berkata , keluarga mendiang tidak berhak  membuat tuntutan itu.
 
Saman tersebut antara lain menuntut ganti rugi kerana mereka tinggal lebih masa di luar negara.
 
Menurut permohonan yang dikemukakan itu, mereka tidak pernah bertemu mendiang atau keluarganya. 

Kata mereka  lagi,  saman yang dikemukakan itu adalah remeh, menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah. 

Balu bekas pegawai polis itu, A.Santamil Selvi dan tiga anak mereka, Kishen, Menaga dan Reeshi turut menamakan sembilan individu lain.

Mereka ialah ahli perniagaan Deepak Jaikishan, adik Najib , Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan, Tan Sri Cecil Abraham, dan anak lelakinya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat dan peguam M.Arulampalam. 


Artikel Berikut

Artikel Lain