suria

Kes Hina Laugan Azan: Polis Masih Cuba Mengesan Suspek

Mohd Bakri Zinin.
KUALA LUMPUR: Kes melibatkan pengguna akaun sosial Facebook menghina Islam berhubung laungan azan adalah berbeza dengan kes yang berlaku ditempat awam. 

Pihak polis juga masih cuba mengenalpasti dalang dalam kes tersebut yang menggunakan nama, Kelvin Yip. 

"Kami masih menyiasat dan cuba mengenalpasti individu bernama Yip," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin, yang mengklasifikasikan kes tersebut bukan kes biasa kerana ia melibatkan posting di Facebook. 

"Ini bukanlah satu insiden yang berlaku di tempat awam, tiada saksi di tempat kejadian. Sebab itu kita meminta saksi yang ada tampil kehadapan dan cuba mengesan individu yang menggunakan id berkenaan," kata Mohd Bakri kepada pemberita di majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, pada Selasa. 

Yip didakwa memuat naik status yang menunjukkan kejengkelannya semasa laungan azan pada pagi Hari Raya. 

Posting tersebut menimbulkan kemarahan dikalangan pengguna media sosial.

Pada 31 Julai, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa agar Yip dikenakan tindakan keras. 

Pemimpin sayap Umno di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Selangor juga turut membuat laporan polis terhadap Yip.
laugan azan

Artikel Lain