suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ganjaran RM1,500, Siapa Tangkap Tahanan Lolos - Imigresen

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM1,500 kepada orang ramai yang dapat menangkap seorang warga Iraq yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen di Lenggeng.

Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata lelaki berusia 37 tahun itu melarikan diri pada pukul 4.20 petang Jumaat lepas dan kali terakhir dikesan di Kampung Dacing Hilir, pada pukul 10.45 malam Sabtu lepas.

Imigresen Negeri Sembilan melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan lelaki itu dengan tumpuan di sekitar Lenggeng dan Mantin, katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Menurut Faizal Fazri lelaki itu ditahan di depot tersebut sejak Januari lepas setelah selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan imigresen dan dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi jabatan tersebut di talian 06-7627707.


Imigresen, Iraq

Artikel Lain