'Culik' Di Tanjung Malim Adalah Kes Samun Kenderaan - Semasa | mStar

'Culik' Di Tanjung Malim Adalah Kes Samun Kenderaan

IPOH: Polis berkata kejadian "culik" seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun seperti didakwa berlaku di Taman Loke Yew, Tanjung Malim dekat sini pada 27 Julai lepas sebenarnya adalah kes samun kenderaan. 

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya mendapati suspek pertama yang ditangkap berhubung kejadian itu sebenarnya cuba mencuri barang dalam kereta berkenaan yang tidak berkunci. 

"Siasatan terhadap empat rakan suspek juga tidak menunjukkan bahawa kejadian itu bermotifkan kes culik untuk organ manusia sebagaimana didakwa melibatkan empat kes di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin. 

Beliau berkata selain itu semakan dengan Kontinjen negeri tersebut turut mendapati tidak berlaku kes culik sebagaimana dihebahkan. 

Berikutan laporan awal oleh pengadu dan berita penculikan untuk organ manusia yang disebarkan menerusi media sosial, Pasukan Khas Soalsiasat Jabatan Siasatan Jenayah dari Bukit Aman telah diarah membantu menyelesaikan kes tersebut. 

Polis menahan suspek yang dituduh cuba menculik kanak-kanak berkenaan yang berada dalam kereta jenis Honda Accord di Taman Loke Yew pada pukul 11 malam, katanya. 

Beliau berkata suspek sebelum itu dikejar orang ramai di kawasan sekitar, bagaimanapun dua rakan suspek melarikan diri menaiki Toyota Avanza. 

Acryl Sani berkata suspek pertama berusia 28 tahun berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk kes dadah. 

"Dia kini ditahan reman selama tujuh hari dan ketika ditangkap suspek berada di bawah pengaruh dadah. Soal siasat membawa kepada penangkapan empat lagi rakan suspek berusia antara 26 dan 35 tahun di Pulau Pinang dan negeri ini," katanya. 

Beliau berkata keempat-empat kini ditahan reman sehingga Khamis ini dan semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah dan seorang daripadanya dikehendaki polis Pulau Pinang bersabit kes samun kenderaan. 

"Siasatan lanjut mendapati kumpulan ini telibat dengan kes-kes samun dan samun kenderaan. Sehingga kini polis Perak telah mengenal pasti kes samun yang berlaku iaitu satu di Perak dan tujuh kes di Pulau Pinang," katanya. 

Beliau berkata soal siasat terus dijalankan untuk mengesan saki baki kumpulan ini dan mengenal pasti kes-kes berkaitan. 

culik , samun kenderaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain