MIC Pinda Perlembagaan Parti, Adakan Pemilihan Pengerusi Negeri - Semasa | mStar

MIC Pinda Perlembagaan Parti, Adakan Pemilihan Pengerusi Negeri

KOTA KINABALU: MIC akan meminda perlembagaan parti untuk mengadakan pemilihan bagi pengerusi-pengerusi badan perhubungan negeri, kata Presiden parti Datuk Seri G. Palanivel.

Pada masa ini, pengerusi MIC negeri dilantik presiden parti.

"Kita akan mengadakan perbincangan untuk mengubah perlembagaan MIC bulan ini. Pemilihan juga akan diadakan di setiap cawangan dan bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Badan Perhubungan MIC Sabah di sini, malam Sabtu.

Turut hadir Pengerusi MIC Sabah Datuk V. Jothi.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar meminta MIC Sabah menambah keanggotaan pengundi kepada sekurang-kurangnya 5,000 orang. Pada masa ini Sabah hanya mempunyai 935 pengundi berdaftar dalam kalangan kaum India.

Beliau juga berkata Sabah kini mempunyai 13,000 kaum India dengan 2,000 daripadanya anggota parti di 32 cawangan.

Beliau berkata setakat ini 935 orang daripada kaum India berdaftar sebagai pengundi manakala kira-kira 2,000 anggota MIC di 32 cawangan di Sabah.


MIC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

MIC Tuntut Pendakwah Mohon Maaf

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain