suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Waris Mahu Barangan Peribadi Mangsa Jika Tiada Mayat Ditemui

Rohani Abdul Karim.
SEBUYAU (Sarawak): Waris mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine mahukan barangan milik mangsa jika mayat mereka tidak dapat dibawa pulang.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertindak menjaga kebajikan para waris berkata itu merupakan permintaan terbaharu yang disampaikan mereka kepada pihaknya.

"Keluarga mangsa telah berpesan, kalau tidak ada mayat atau cebisan mayat untuk dibawa balik, baju mangsa atau barangan peribadi yang lain pun sudah memadai.

"Bagi mereka itu tanda kenangan, bukti mangsa telah ditemui," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di sini Sabtu.

Artikel Lain