suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Perlahan Di Lebuhraya Utara-Selatan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan perlahan setakat 1 tengah hari berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu negara.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, aliran trafik adalah perlahan dari Bukit Gantang ke Kuala Kangsar dan sebelum tol Jelapang.

Namun trafik kembali lancar selepas tol tersebut.

"Aliran trafik dari Bukit Tambun ke Jawi juga dilaporkan perlahan sejauh 2 hingga 3 kilometer kerana berlaku kemalangan di Km 159," katanya.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dilaporkan sibuk dari Seremban ke Nilai dan dijangka bertambah sibuk menjelang petang.

Bagaimanapun aliran trafik di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Pantai Timur ketika ini masih lancar, katanya.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik.

lebuhraya utara-selatan

Artikel Lain