suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Asing Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

NIBONG TEBAL: Seorang warga asing ditemui mati dalam keadaan tertiarap di tepi jalan berhampiran pencawang elektrik di Tasek Chempedak, Simpang Ampat di sini pagi Sabtu.

Mangsa dipercayai dibunuh berikutan terdapat kesan cedera pada badan, perut, betis dan pipi mangsa akibat senjata tajam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, DSP Shariffudin Abdullah berkata mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju T didapati terikat kedua-dua tangannya.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa. 
warga asing, maut, bunuh

Artikel Lain