suria

Aliran Trafik Lancar Pada Pagi Rabu

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di semenanjung dilapor lancar setakat 9 pagi Rabu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik menuju ke selatan dari plaza tol Sungai Besi dilapor bergerak lancar.

"Satu kemalangan berlaku di KM 94.9 dari Sungai Petani ke Gurun namun trafik tetap lancar," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) juga lancar setakat 9 pagi ini.

Twitter LLM melaporkan satu kemalangan berlaku di KM 42.8 dari Sedenak ke Simpang Renggam namun aliran trafik lancar selepas insiden itu diselesaikan.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik.


LLM, Gurun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain