suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khalid Janji Akan Berkhidmat Sebagai MB Selagi Diperlukan

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani plak perasmian pada majlis perasmian Masjid Kampung Assam Jawa dan berbuka puasa di sini hari ini. Turut serta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. -foto BERNAMA.
KUALA SELANGOR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan. 

Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.
 
"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini malam ini.

Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Artikel Lain