MH17: Keluarga Bersedia Sambut Jenazah Ketua Pramugra - Semasa | mStar

MH17: Keluarga Bersedia Sambut Jenazah Ketua Pramugra

Mohd Ghaffar Abu Bakar.
KUALA LUMPUR: Anggota keluarga seorang anak kapal yang terbunuh dalam kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine, Khamis lepas, berdoa supaya proses membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar.

Syaza Athirah Mohamad Azman, 22, anak saudara kepada ketua pramugara MH17 Mohd Ghaffar Abu Bakar, 54, berkata semua anggota keluarganya kini sabar menanti kepulangan jenazah bapa saudaranya itu.
 
"Semua orang berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang perkembangan lanjut sambil memantau berita dari dalam dan luar negara selain menerima maklumat dari kawan-kawan arwah yang berada di Belanda," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, mereka akan pulang ke kampung di Masjid Tanah, Melaka, untuk berkumpul bersama nenek, Maimon Sarpan, 76, sementara menunggu kepulangan jenazah.

Syaza Athirah berkata wakil Kementerian Kesihatan telah mengambil sampel DNA anak arwah, Amar Syariff, 25, dan Sa'imah Baizura, 29, semalam untuk tujuan pengecaman mayat.

Sementara itu, beliau sekeluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan rundingan beliau bersama pihak yang menguasai wilayah tragedi berhubung pengendalian mayat-mayat mangsa dan kotak hitam pesawat.

Antara yang dipersetujui ialah 282 mayat yang dikeluarkan dari kawasan nahas akan diterbangkan ke Amsterdam sebelum dibawa pulang ke negara asal masing-masing termasuk Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

Sebanyak 43 warga Malaysia terkorban dalam nahas itu.

MH17 , MAS , Mohd Ghaffar Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MH17: Anwar Puji Kejayaan Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain