suria

Puak Pemisah Jamin Keselamatan Tapak Nahas Sekiranya Kiev Setuju Berdamai

DONETSK (Ukraine): Seorang pemimpin puak pemisah pada Ahad berkata penentang pro-Rusia berjanji akan memantau keselamatan di tapak nahas pesawat Malaysia sekiranya Kiev setuju untuk berdamai. 

"Kami mengisytiharkan bahawa kami akan memastikan keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik sahaja Kiev bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata," kata Andrei Purgin yang mendakwa dirinya timbalan perdana menteri Republik Donestk dalam satu kenyataan. 

Dia turut menggesa Kiev 'segera menyelesaikan perjanjian' tersebut dengan puak pemisah. 

Kegagalan untuk berbuat demikian akan memberikan tanggapan bahawa kerajaan telah melakukan keganasan dan mereka sangat dahagakan darah. Hal seperti ini bukan sahaja membahayakan penduduk Donbass malah masyarakat dunia, Purgin memberi amaran. 

Kenyataan Purgin itu dikeluarkan selepas komuniti antarabangsa meningkatkan tekanan ke atas Rusia. 

Mereka mendesak puak pemisah pro-Rusia memberikan akses penuh kepada pasukan penyiasat untuk masuk lokasi kemalangan pesawat MH17. 



MH17, MAS

Artikel Lain