MH17: Pelumba Belanda Dua Kali 'Terlepas' Kematian

Maarten de Jonge. Gambar diambil dari Twitter.
PETALING JAYA: Pelumba basikal Belanda Maarten de Jonge dua kali terlepas daripada kematian selepas dia membuat perubahan saat akhir untuk tiket penerbangan MH370 dan MH17.

Pelumba berusia 29 tahun yang merupakan ahli Kelab Berbasikal Terengganu (TSG) memberitahu stesen televison Belanda RTV Oost bahawa dia telah menukar tiket MH17 ke tarikh lain kerana mahu menjimatkan wang dengan mendapatkan tiket menaiki pesawat murah.

De Jonge, yang berasal dari Oldenzaal, juga berkata dia sepatutnya menaiki penerbangan MH370 pada 8 Mac untuk pertandingan di Taiwan tetapi bertukar kepada penerbangan lain untuk mengelakkan transit.

"Sukar untuk percaya. Saya berdukacita untuk penumpang dan keluarga mereka tetapi saya bersyukur kerana saya terlepas daripada penerbangan itu," menurut laman web itu.

Katanya, dia akan menaiki pesawat MAS untuk kembali ke Malaysia melalui Frankfurt dan tidak mempunyai kebimbangan mengenainya.

De Jonge berkata dia terharu dengan respons yang diterima selepas tersiarnya berita bahawa dia telah mengubah penerbangannya.

"Apa yang berlaku adalah sesuatu yang buruk, begitu ramai mangsa, itu satu perkara yang dahsyat.

"Saya gembira untuk diri saya dan keluarga saya selepas kedua-dua kejadian. Walau bagaimanapun, cerita saya pada dasarnya tiada apa-apa berbanding dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh keluarga dalam kejadian tragis ini.

"Perhatian harus diberikan kepada keluarga-keluarga ini. Saya ingin semua orang yang terlibat dengan bencana ini supaya tabah," katanya. 

Penerbangan MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal, terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine. 

Pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa pesawat telah ditembak jatuh oleh pemisah pro-Rusia. 

Penerbangan MH370 berlepas ke Beijing dari KLIA dengan 239 orang di atas pesawat kali terakhir berhubung dengan satelit Inmarsat sebelum ia hilang pada 8 Mac.
MH17, pelumba Belanda, MH370

Artikel Sebelum

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain