suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Jika Pemberontak Didapati Bertanggungjawab, Rusia Harus Dipersalahkan

David Cameron
LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Ahad berkata jika terbukti pemisah Ukraine adalah dalang yang menyebabkan pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang terhempas, Rusia harus dipersalahkan kerana menyebabkan ketidakstabilan negara itu.

"Jika ini berlaku maka kita hendaklah jelas apa maksudnya: Ini adalah hasil langsung daripada ketidakstabilan Rusia sebuah negara berdaulat, melanggar integriti wilayahnya, menyokong kekejaman militan, melatih dan menyiapkan mereka dengan senjata," tulis beliau dalam akhbar The Sunday Times.

Cameron juga mengkritik ahli-ahli Kesatuan Eropah kerana lambat bertindak terhadap Kremlin.

"Sudah terlalu lama terdapat keengganan di kebanyakan negara-negara Eropah untuk berdepan implikasi terhadap apa yang berlaku di timur Ukraine," katanya.

"Sudah tiba masanya untuk menjadikan kuasa, pengaruh dan sumber-sumber kita diambil kira. Ekonomi kita adalah kukuh dan berkembang pesat.

"Namun kita kadang-kadang berkelakuan seolah-olah kita memerlukan Rusia lebih daripada Rusia memerlukan kita."
David Cameron, MH17, Rusia

Artikel Lain