suria

MH17: Tidak Pernah Sentuh Kawasan Nahas - Dakwa Puak Pemisah

Gambar fail menunjukkan Borodai tiba di tapak nahas pesawat MH17 bersama pengawal keselamatannya.

DONETSK: Puak pemisah di selatan Ukraine tidak pernah menyentuh kawasan nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang terhempas. 

Bagaimanapun puak pemisah berkenaan risau mengenai situasi kemanusiaan di mana mayat yang dijumpai semakin mereput akibat cuaca panas, kata ketua puak pemisah, Aleksander Borodai pada Sabtu. 

"Mayat mereka yang tidak bersalah ditemui bergelimpangan di bawah cuaca panas terik. Kami mempunyai hak, sekiranya masih tiada apa yang dilakukan...kami akan memulakan langkah mengalihkan mayat ini. 

"Kami telah memberitahu pihak Rusia untuk membantu kami dengan menghantar pakar dalam menyelesaikan isu ini," kata Borodai, yang mengaku dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Donestk.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengapa tiada pakar yang dihantar ke kawasan nahas, katanya pada satu sidang media di sini. 

"Mungkin disebabkan pihak berkuasa Ukraine tidak berminat dengan objektif penyiasatan," katanya. 

Borodai juga mendakwa kotak hitam pesawat juga belum ditemui. 

"Kotak hitam pesawat tidak ditemui dan kami tidak langsung tidak menyentuh tempat nahas," katanya. 

Beliau berkata setakat ini tiada perbincangan dijalankan untuk mewujudkan zon selamat di kawasan nasihat. 


MH17, MAS, puak pemisah

Artikel Lain