Plaintif Diperintah Kemukakan Kenyataan Saksi Kes Saman Abdul Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan dua hari iaitu 25 dan 26 Ogos sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Rusita Md Lazim yang turut mengeluarkan perintah terhadap plaintif mengemukakan kenyataan saksi pada tarikh perbicaraan itu.

Mohd Shamsul bersama peguamnya Alias Ibrahim hadir di mahkamah hari ini manakala Abdul Hadi selaku defendan dan peguamnya tidak hadir.

Pada 23 Februari lalu, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan oleh pihak plaintif.

Bagaimanapun pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Abdul Hadi itu setelah mendapati writ saman yang difailkan oleh Mohd Shamsul selaku plaintif pada 17 Februari lalu tidak mengikut prosedur mahkamah.

Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13)tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di kawasan DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Bukit Besi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi menewaskan calon PAS, Roslan Ismail (4,408) dan Mohd Shamsul yang cuma memperoleh 52 undi.
Hadi Awang

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain