suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Kekal MB Hingga Akhir Penggal - Abdul Khalid

PETALING JAYA: Tanpa menghiraukan tekanan supaya berundur daripada kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga penggal pentadbirannya berakhir.

"Saya dah nyatakan yang akan kekal hingga habis penggal.

"Sebagaimana yang saya janjikan, saya ambil tanggungjawab ini untuk tadbir Selangor sampai PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang," katanya pada sidang media di Shah Alam pada Rabu.

Ketegasan Abdul Khalid dalam isu disampaikan selepas beliau menerima tekanan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk pemimpin partinya sendiri supaya menggosongkan kerusi Menteri Besar.

Malah sebelum ini timbul khabar angin bahawa Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) turut merancang komplot untuk menggulingkan Abdul Khalid menerusi undi tidak percaya.
Khalid Ibrahim, Menteri Besar

Artikel Lain