suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamper Berbentuk Kipas Kini Pilihan Pelanggan

Loo menunjukkan hamper berbentuk kipas yang dijual di kedainya.
JOHOR BARU: Peniaga kini menghasilkan hamper sempena Hari Raya Aidilfitri dengan bungkusan yang lebih unik dan kreatif dalam memenangi hati pelanggan.

Pemilik Kedai Hamper Soon Kee, Loo Chok Nam berkata, hamper yang dibungkus dengan reka bentuk kipas atau hamper yang tinggi amat popular dikalangan pelanggan.

"Ada diantaranya berukuran setinggi 1.5 hingga 2 meter," katanya.

Loo berkata dia menyedari perubahan trend itu sejak dua tahun lalu.

"Ia lebih jelas pada tahun ini, terutamanya golongan muda yang memilih hamper yang dibungkus dengan reka bentuk kreatif.

"Hamper berbentuk piramid sudah ketinggalan zaman, berbanding dengan yang berbentuk kipas lebih cantik, terutamanya apabila diberikan sebagai hadiah," katanya ketika ditemui di kedainya di Taman Ungku Tun Aminah di sini baru-baru ini.



hamper kipas

Artikel Lain