SACC Rai Anak-Anak Yatim Teratak Nur Barakah - Semasa | mStar

SACC Rai Anak-Anak Yatim Teratak Nur Barakah

Pihak SACC turut menyampaikan sumbangan barangan kepada anak-anak yatim Teratak Nur Barakah.

SHAH ALAM: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) menceriakan anak-anak yatim Teratak Nur Barakah dengan meraikan mereka pada majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Seperti tahun sebelum ini, SACC sememangnya tidak pernah lupa untuk berkongsi kemeriahan Ramadan bersama golongan kurang bernasib baik.

Kali ini, SACC bersama kanak-anak Teratak Nur Barakah berbuka puasa dan  menyampaikan sumbangan barangan kepada anak-anak yatim ini.

Teratak Nur Barakah yang terletak di Seksyen 24 Shah Alam ini memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, yatim piatu, fakir, miskin dan asnaf zakat.

Pengurus Teratak Nur Barakah, Solehah Abu Hassan berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak SACC di atas majlis ini. 

"Sudah pasti anak-anak ini gembira dengan dengan sumbangan dan majlis ini. 

"Rezeki kami mencurah-curah, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini. Apa yang penting mereka tidak melakukan pembaziran dan sedar bahawa masih ada orang lain lagi yang hidup susah berbanding kita semua.

"Keadaan di Gaza turut mendapat perhatian anak-anak ini dan dari situ mereka boleh belajar erti kehidupan sebenar. Apa itu erti susah," jelas Solehah kepada mStar Online.



Sementara itu, Teratak Nur Barakah kini menempatkan seramai 21 orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

"Sebelum ini jumlah semuanya 50 orang tetapi berkurangan sekarang selepas mereka ke sekolah menengah.

"Selepas umur itu, mereka akan dihantar ke rumah kebajikan remaja atau ke sekolah yang mempunyai asrama seperti sekolah tahfiz atau agama, bagaiamnapun mereka masih lagi di bawah tanggungjawab kami," jelasnya.

Selain itu, pada majlis itu juga, SACC melancarkan Tabung Bantuan Palestin bagi meringankan beban mangsa perang di Semenanjung Gaza. 

teratak nur barakah , anak yati , sacc

Artikel Berikut

Bomba Perlis Lancar Ops Musim Perayaan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain