suria

Seed Ceriakan Aidilfitri 40 Kanak-Kanak Rumah Perlindungan Nur Qaseh

Kanak-Kanak Rumah Perlindungan Nur Qaseh diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Seed baru-baru ini.
PETALING JAYA: Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (Seed) meraikan 40 kanak-kanak Rumah Perlindungan Nur Qaseh.

 

Beberapa program membabitkan kanak-kanak dalam kalangan anak yatim, mualaf dan kumpulan asnaf itu diatur bagi memastikan mereka dapat merayakan 1 Syawal dengan lebih ceria.

Sesi membeli belah dengan kerjasama Jakel Trading diadakan di ibu negara apabila mereka memperoleh sepasang baju raya daripada syarikat fabrik terkemuka negara.

Seed juga membantu menambah keselesaan kanak-kanak kurang bernasib baik yang berusia kurang 17 tahun itu dengan menyumbangkan kipas meja dan kasut sekolah.




Malahan, mereka juga dijemput menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Seed yang dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu baru-baru ini.

Rumah Perlindungan Nur Qaseh bertempat di Taman Melawati ini ditubuhkan pada 2011 hasil usaha pengasasnya, Roslida Che Wail.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain