suria

Sultan Kelantan Serah Zakat Kepada Asnaf Di Gua Musang

Sultan Kelantan bersalaman dengan rakyat. Gambar Hiasan

GUA MUSANG: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada 1,050 asnaf di jajahan ini untuk persiapan menyambut Aidilfitri, di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di sini malam Sabtu.


Zakat berjumlah RM1 juta itu sumbangan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) untuk golongan terbabit yang masing-masing menerima RM400 seorang manakala daripada jumlah itu, 10 orang menerima bantuan membaik pulih rumah dengan kadar RM4,000 bagi sebuah rumah.

Sebelum itu, Sultan Muhammad berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih bersama penerima zakat dan penduduk tempatan.

Berangkat sama Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohd Mizam Tengku Mohd Aziz dan turut dihadiri Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Faizoull berkata jajahan lain juga turut menerima zakat daripada KPFMB untuk diagihkan kepada golongan asnaf termasuk Tumpat sebanyak RM400,000 dan Tanah Merah RM300,000.


Sultan Kelantan, KPFMB

Artikel Lain