suria

Buktikan Jadi Usahawan Berkebolehan - PM

Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah usahawan yang berkebolehan.

Beliau berkata ini susulan langkah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memberi geran sebanyak RM13 juta untuk membantu perniagaan tempatan berkembang di luar negara.

"MATRADE memberikan RM13 juta daripada RM20 juta Geran Pembangunan Pasaran (MDG) kepada hampir 1,000 usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka di seberang laut.

"Gunakanlah dengan sebaik-baiknya geran anda untuk mengembangkan perniagaan di seberang laut," kata Najib dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter beliau pada Sabtu.

Najib turut menyediakan pautan kepada laporan Bernama mengenai geran MATRADE itu.

Pada Jumaat, Pengurus Kanan MDG Mohamad Noor Azhad berkata bilangan penerima merangkumi usahawan Bumiputera meningkat kepada 19 peratus tahun ini daripada 18 peratus tahun lepas di bawah geran itu yang diberikan oleh kerajaan.

Tahun lepas, katanya, kerajaan memperuntukkan RM46.7 juta bagi Geran MDG dengan 3,000 usahawan mendapat manfaat.
Najib Tun Razak, Usahawan

Artikel Sebelum

Artikel Lain