suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PWTC Rai Anak Yatim Buka Puasa

Maxson (berdiri, kanan) bersama Megat Najmuddin (berdiri, kiri) beramah mesra bersama anak-anak yatim pada Majlis Iftar Bersama PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meraikan sejumlah 170 anak yatim dalam Majlis Iftar di sini, baru-baru ini.

PWTC, dengan kerjasama Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PDRSWP), meraikan penghuni Rumah Kasih Harmoni dari Kampung Paya Jaras dan Rumah Anak Yatim Baitul Kasih dari Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata penganjuran kali ini bukan sahaja untuk beramal malah bagi mengenang pemergian Timbalan Presiden PDRSWP Datuk Seri Jalaluddin Abdul Rahim, yang meninggal dunia pada 22 Januari lepas.

"Pemilihan rumah anak yatim ini adalah sebagai mengenang pemergian yang dikasihi Allahyarham Datuk Seri Jalaluddin Abdul Rahim yang telah banyak berjasa kepada persatuan.

"Rumah Kasih Harmoni merupakan rumah angkat kepada Allahyarham dahulu, dan ini sebagai satu penghormatan kepadanya," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada kedua-dua rumah anak yatim itu.

Hadir sama Presiden PDRSWP Tan Sri Megat Najmuddin Dr Megat Khas.
PWTC, anak yatim, buka puasa

Artikel Lain