suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang Kes Culik Di Semporna, Polis Arah Pengusaha Ikan Sangkar Pindah

Gambar hiasan.
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa mengarahkan pemilik dan pengurus ikan dalam sangkar di Semporna untuk meninggalkan kawasan tersebut buat sementara waktu berikutan cubaan untuk menculik dekat Kampung Bangau-Bangau pada Isnin tidak berhasil.

"Kami telah mengarahkan semua pemilik ikan untuk berpindah dalam usaha untuk mengelak daripada berlakunya cubaan menculik pada masa hadapan," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Kesemua laluan keluar dari Semporna juga ditutup dalam usaha memburu tujuh lelaki bersenjata yang disyaki warga Filipina yang merompak sebuah sangkar ternakan ikan selepas gagal menjumpai pemiliknya dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi Isnin.

Jalaluddin berkata, pihak berkuasa dibawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah(Esscom) sedang menyelaraskan semua agensi untuk memburu kumpulan bersenjata itu.

Polis turut menahan lapan pekerja berusia antara 12 hingga 43 tahun dari sebuah sangkar ternakan ikan untuk membantu siasatan walaupun hanya dua pekerja menyaksikan insiden itu.

"Semua tetapi seorang daripada tujuh lelaki itu bertopeng," katanya.

Polis turut merampas dua telefon bimbit milik syarikat itu yang digunakan pekerja terbabit.




Artikel Sebelum

Artikel Lain