Berang Ditegur, Pemandu Lori Lepaskan Tembakan Ke Arah Suami Isteri - Semasa | mStar

Berang Ditegur, Pemandu Lori Lepaskan Tembakan Ke Arah Suami Isteri

MIRI: Sepasang suami isteri berdepan situasi menakutkan apabila seorang pemandu lori sampah melepaskan satu das tembakan ke arah mereka selepas berang kerana ditegur memandu dalam keadaan berbahaya.


Dalam kejadian pada kira-kira 3,30 petang Khamis di Jalan Kubur, Sungai Rait Bakam di sini, suami isteri itu bernasib baik kerana tempakan itu hanya terkena cermin kereta bahagian pemandu.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek dipercayai menggunakan senapang angin buatan sendiri dan menggunakan guli sebagai peluru.

"Polis sedang memburu suspek dan berdasarkan gambaran mangsa, suspek berumur 20-an berambut panjang hingga bahu, bertatu di tangan dan lengan," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Katanya, berdasarkan laporan polis yang dibuat pasangan itu pada pukul 5.22 petang Khamis, pengadu yang juga lelaki berumur 35 tahun mendakwa sebelum insiden tembakan berlaku suspek memandu lori dipercayai dalam keadaan mabuk dan laju sehingga hampir melanggar kereta pengadu dan menyebabkan kedua-dua kenderaan terhenti.

Beliau berkata, pengadu menegur sikap suspek yang memandu dalam berbahaya menyebabkan suspek naik berang lalu mengacukan senapang angin ke arah pengadu.

Gan berkata, pengadu cuba menenangkan suspek dan pada masa sama cuba merampas senapang angin menyebabkan berlaku pergelutan.

"Sewaktu berlaku pergelutan isteri pengadu cuba meleraikan keadaan tetapi terkena tumbukan suspek menyebabkan dahi isteri pengadu lebam," katanya.

Menurutnya, ketika pasangan suami itu melarikan diri dari tempat kejadian, pemandu lori itu melepaskan tembakan ke arah mereka dan terkena cermin depan bahagian pemandu dan hanya menyebabkan cermin itu calar.

Gan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tanpa permit yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika disabitkan kesalahan.


pemandu lori , tembak , Ketua Polis Miri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain