suria

Agong Buka Puasa Bersama Warga MSU Dan Anak Yatim

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat keMajlis Berbuka Puasa Warga Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) dan anak-anak Yatim sekitar Selangor di Shah Alam, Jumaat. Turut hadir (dari kiri) Presiden MSU Prof Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pro Canselor MSU Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah malam Jumaat berkenan berbuka puasa bersama warga Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) serta anak-anak yatim di Dewan Canselor MSU di sini. 

Keberangkatan Seri Paduka berdua ke universiti itu disambut Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 

Tuanku Hajah Haminah merupakan Canselor MSU.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua turut berkenan menyampaikan wang zakat berjumlah RM160,000 kepada 20 rumah kebajikan sekitar Selangor antaranya Maahad Hafiz Klang dan Persatuan Kebajikan Rumah Anak-anak Yatim Kuang. 

Dalam majlis sama, MSU turut menyampaikan sumbangan RM300,000 kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah. 

Sumbangan kepada yayasan itu merupakan sebahagian agenda MSU bagi membantu komuniti yang memerlukan. 


Agong, MSU

Artikel Lain