suria

Dipecat Keahlian PKR Kerana Cabar Keputusan Pemilihan Parti

PETALING JAYA: Gara-gara memfailkan saman bagi mencari keadilan disebalik keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nasharuddin Md Isa dari Cabang Ampang digugurkan keanggotaannya secara automatik daripada parti itu.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, tindakan Nasharuddin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini bertentangan dengan Fasal 44.1 Perlembagaan PKR.

Menurut Tan, fasal itu menyebut ahli parti itu tidak boleh membawa perkara berkaitan parti ke mana-mana mahkamah.

Sebelum ini, Nasharuddin  menggunakan saluran mahkamah bagi membatalkan keputusan pemilihan bagi Cabang Ampang.

Menerusi writ saman itu, Nasharuddin menamakan tiga defendan iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul; JPP dan Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Selain itu PKR turut mengumumkan pemecatan empat lagi ahlinya membabitkan pelbagai kesalahan disiplin ketika pemilihan parti.

Kesemua empat yang berkenaan adalah ahli dari Cabang Kota Raja itu K. Nallasamy, N. Sathiaseelan, S. Vijay Kumar dan A. Mohanathas.

PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain