suria

Dua Murid Maut Dirempuh Bas

SEREMBAN: Dua murid sekolah rendah maut manakala rakan mereka cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertiga dirempuh sebuah bas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan, malam Selasa.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku pada pukul 9 malam di persimpangan lampu isyarat di jalan itu ketika mangsa menaiki motosikal dari arah Ampangan ke Gedong Lalang.

Mereka yang terbunuh ialah Suzi Fazliana Izati Sufian, 12 dan anak saudaranya Mohd Ilham Roslizam, 11, manakala rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Nana, 13, cedera parah, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya dua kanak-kanak terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan, sementara rakan mereka digegaskan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Negeri Sembilan Supt Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Kemalangan, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Lain