New Zealand Sambut Baik Keputusan Malaysia Hantar Balik Rizalman - Semasa | mStar

New Zealand Sambut Baik Keputusan Malaysia Hantar Balik Rizalman

Muhammad Rizalman
KUALA LUMPUR: Menteri Luar New Zealand Murray McCully menyambut baik pengumuman Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita muda di Wellington akan dihantar semula ke New Zealand.

McCully mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap apa yang disifatkannya sebagai "perkembangan yang amat dialu-alukan yang menunjukkan niat baik dan integriti bagi kedua-dua pihak menangani isu ini.

Tidak pernah ada niat bersama oleh mana-mana kerajaan untuk melupakan saja isu itu, tidak kira sama ada proses itu berlaku di Malaysia atau New Zealand, ada komitmen yang kuat untuk memastikan keadilan dilaksanakan, kata beliau dalam kenyataan menerusi www.beehive.govt.nz, laman web rasmi kerajaan New Zealand. 

Langkah untuk menghantar balik Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, diumumkan oleh Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan sebelumnya.
Dia dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol.

McCully berkata beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Anifah Aman yang memberitahunya bahawa pihak berkuasa Malaysia akan menghantar balik pegawai itu ke New Zealand untuk membantu pihak berkuasa negara itu dalam siasatan.

Pihak berkuasa Malaysia, kata McCully, telah menawarkan bantuan dalam siasatan yang dijalankan.

"Saya menyambut baik penglibatan mereka yang berterusan," kata beliau.

Beliau berkata perlu diingat bahawa tertuduh mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan berhak dibicarakan secara adil.

"Ini sekarang adalah soal untuk tindakan polis dan mahkamah dan saya tidak akan mengulas lebih lanjut," kata McCully.
Rizalman , Murray McCully

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain