Jakim Pantau Premis Makanan, Pastikan Ada Sijil Halal Sah - Semasa | mStar

Jakim Pantau Premis Makanan, Pastikan Ada Sijil Halal Sah

Jamil Khir
Jamil Khir Baharom.
YAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meningkatkan pemantauan secara berkala sepanjang Ramadan nanti bagi memastikan premis makanan seperti restoran dan hotel menawarkan bufet Ramadan yang mempunyai perakuan sijil halal yang sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata isu halal menjadi keutamaan Jakim kerana semasa Ramadan terdapat pelbagai jenis makanan akan dihidangkan kepada pengguna Islam untuk berbuka puasa.

Katanya mana-mana pemis yang beroperasi tanpa sijil perakuan halal akan diambil tindakan tegas dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu itu.

"Kita akan lebih menghalusi soal makan, jadi Jakim telah susun aktiviti dengan aturkan pasukan-pasukan untuk pemantauan di seluruh Malaysia, terutama untuk penguatkuasaan bagi makanan.

"Dalam bulan Ramadan ini hotel-hotel, restoran-restoran dan kedai makan yang menjual makanan kepada orang ramai berbuka puasa memerlukan pemantauan yang rapi dan kita akan war-warkan nanti sebelum awal Ramadan dengan senarai rujukan termasuk dalam laman web portal," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Membara Karnival Sukan Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerai berkata untuk itu, Jakim akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi menggerakkan pasukan masing-masing dalam menguatkuasakan peraturan berkenaan.

"Pemantauan berkala penting bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan helah pengusaha hotel dan restoran yang ingin mencari keuntungan dengan menawarkan bufet Ramadan tanpa perakuan sijil halal yang sah.

"Pemantauan juga bagi memastikan pemilik restoran atau hotel mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan dengan menggunakan bahan halal yang dipersetujui," katanya.

Jamil Khir berkata pemantauan itu juga bagi memastikan sijil perakuan halal masih sah digunakan dan tidak tamat tempoh.

Beliau berkata pengguna perlu bijak memilih lokasi berbuka puasa terutama rangkaian hotel dan restoran yang menawarkan bufet Ramadan yang mendapat perakuan sijil halal sah daripada Jakim dan Jain.

Pengguna boleh menyemak terlebih dahulu premis makanan atau hotel yang memiliki persijilan halal atau tidak menerusi laman web Jakim iaitu http://www.halal.gov.my bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat pilihan untuk berbuka puasa.

Jakim , Sijil Halal , premis makanan , Ramadan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain