suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 Penjawat Awam Ditahan Terbabit Rasuah

MELAKA: Sebanyak 80 penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan rasuah bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Menurut laman web rasmi SPRM, jumlah itu menunjukan peningkatan berbanding 65 tangkapan dalam tempoh sama tahun lepas.

Kumpulan sokongan merupakan golongan yang paling ramai ditahan iaitu 67 orang diikuti kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak 13 orang.

Tiada penjawat awam daripada kumpulan pengurusan tertinggi ditahan, menurut laman web berkenaan.

Dalam tempoh sama, SPRM juga menahan 127 orang awam dengan 36 orang daripadanya merupakan pekerja sektor swasta.

penjawat awam, SPRM, rasuah

Artikel Berikut

Artikel Lain