suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajib Ambil Pekerja Asing Di Lapangan Terbang Dalam Masa 24 Jam

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
SEPANG: Majikan kini diwajibkan mengambil pekerja asing mereka di semua lapangan terbang yang menjadi pintu masuk negara dalam masa 24 jam selepas ketibaan berbanding 72 jam sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa serta merta itu akan menyebabkan pekerja asing berkenaan dihantar pulang.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini, beliau berkata peraturan itu adalah antara langkah diambil bagi mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

"Selain itu, bagi penumpang transit kita juga telah memberi kelulusan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd untuk memberi tempoh 24 jam sahaja kepada mereka untuk transit di lapangan terbang dan selepas tempoh itu syarikat penerbangan mereka bertanggungjawab untuk membawa mereka ke penerbangan yang lain," katanya.

Beliau berkata terdapat penumpang transit yang pernah tinggal di terminal selama 14 hari dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima kerana menyebabkan kesesakan selain memburukkan imej lapangan terbang negara.

Artikel Lain