suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

The Star Online Portal Berita Popular Pada April

Laman web The Star Online.
PETALING JAYA: The Star Online merupakan portal berita popular di Malaysia sepanjang bulan April, menurut kaji selidik Persatuan Digital Malaysia (MDA) dan comScore Inc.

Pada April, MDA dan comScore melaporkan laman web The Star (www.thestar.com.my) mempunyai 971,000 pelawat unik, menjadikan ia yang pertama di kalangan portal berita lain dan menduduki tempat kelima daripada 30 laman web tempatan di negara ini.

The Star Online turut mengatasi portal berita Malaysiakini.com yang berada di tempat kelapan dengan 897,000 pelawat unik manakala Themalaysian­ insider.com.my di tempat kesembilan dengan 789,000 pelawat unik.

Selain itu, satu lagi portal berita online, Themalaymailonline.com, menduduki tempat ke-30 dengan 318,000 pelawat unik.

Laman web dengan pelawat unik paling ramai pada April adalah www.maybank2u.com.my dengan keseluruhan 2,139,000 pelawat unit.

Antara yang mengisi kelompok lima terbaik termasuk laman web e-dagang, Mudah.my yang berada di tempat kedua, cimbclicks.com.my di tempat ketiga manakala Airasia.com di tempat keempat.

Mudah.my mempunyai 2,089,000 pelawat unik manakala cimbclicks.com.my mencatatkan 1,108,000 pelawat unik dan Airasia.com dengan 1,062,000 pelawat unik.

The Star Online, MDA, comScore Inc

Artikel Lain