suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Bentang Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014)

Ahmad Maslan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi tahun 2014 sebanyak RM4.112 bilion (RM4,112,107,000). 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Sebahagian besar wang itu, iaitu sebanyak RM3 bilion akan disalurkan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan di bawah Kementerian Kewangan.

Kementerian Pendidikan pula diperuntukkan RM634.055 juta, Perbendaharaan (RM208.954 juta), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM72.217 juta), Jabatan Perkhidmatan Awam (88 juta) dan Kementerian Luar (RM26.693 juta).

Bacaan kali kedua akan dibentang minggu hadapan di Dewan Rakyat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain