suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tahun Enam Dikhuatiri Lemas Di Sungai Lembing

KUANTAN: Seorang murid tahun enam dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarganya di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini petang Sabtu. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Anuar Hassan berkata mangsa, Osama Suparman, 12, dari Kemaman dilaporkan hilang pada kira-kira 4.55 petang. 

"Mangsa dilaporkan hilang semasa sedang mandi di situ. Setelah menyedari kehilangannya, anggota keluarga mangsa cuba mencarinya namun gagal sebelum menghubungi polis," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata selepas menerima laporan, pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dan Jabatan Pertahanan Awam bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.

Bagaimanapun, katanya, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 8 malam berikutan keadaan gelap dan akan disambung awal pagi esok.
pelajar, lemas, Sungai Lembing

Artikel Lain