suria

Hishammuddin Saran Kerjasama Rapat Dengan Semenanjung Jamin Keselamatan Di Sabah

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
TAWAU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu menyarankan agar diwujudkan kerjasama rapat antara Sabah dan Semenanjung Malaysia serta negara-negara jiran demi menentukan keselamatan di Sabah terus terjamin. 

"Ini merupakan pendekatan baharu dan holistik yang diperlukan khususnya ESScom pada masa akan datang," tegas beliau. 

Hishammuddin sebelum itu mendengar Taklimat Pelaksanaan Operasi dan Pengawasan Kawasan Timur Sabah oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)
dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2 ) di sini. 

Beliau berkata, semua pihak juga perlu bekerjasama untuk memastikan rakyat di negeri ini terus hidup dalam suasana aman dan harmoni. 

Hishammuddin meminta rakyat tidak mengambil mudah tentang isu keselamatan di negeri ini khususnya di kawasan pantai timur Sabah. 

Beliau berkata dua insiden penculikan di pantai timur Sabah baru-baru ini menunjukkan ada lagi perkara-perkara yang perlu ditangani bagi mengelak peristiwa seperti itu tidak berulang. 

"Mungkin peristiwa pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu tahun lalu tidak lagi menjadi ancaman...tetapi insiden-insiden penculikan yang berlaku baru-baru ini menunjukkan kita perlu bekerja keras dan tidak ambil mudah mengenai perkara itu," katanya.

Artikel Lain