suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tunggu Keputusan DNA Mayat Ditemui Di Pulau Tioman

Ibu kepada Gareth David Huntley, Janet Southwell (dua, kanan) bersama teman wanita Gareth, Kit Natariga Panyawatcharakun (dua, kiri) ketika tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi membuat pengecaman mayat di Kuantan, Khamis. Foto BERNAMA

KUANTAN: Identiti mayat ditemui di Pulau Tioman masih belum disahkan dan polis sedang menunggu keputusan ujian DNA untuk mengesahkannya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, punca kematian juga belum dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan pada Khamis di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Tambahnya, pakar patologi memerlukan lebih banyak masa untuk meneruskan siasatan bagi melihat sekiranya mayat tersebut adalah warga Britain, Gareth David Huntley yang dilaporkan hilang.

"Sampel DNA yang diambil dari mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk diperiksa. Kami menjangkakan keputusan itu akan diperoleh dalam masa dua hari," katanya di hospital.

Beliau berkata, kakitangan hospital juga telah mengumpul sampel darah daripada ibu Huntley, Janet Southwell untuk mebuat perbandingan DNA.

southwell terbang dari Pulau Tioman menggunakan helikopter dan tiba di hospital itu kira-kira jam 11 pagi. Beliau diiringi teman wanita Huntley, Kit Natariga dan wakil Suruhanjaya Tinggi British, Karen Song.

Pada Rabu, pasukan penyelamat menjumpai mayat yang sudah reput di Sungai Mentawak, kira-kira 20 minit dari unit penyimpanan kayak di chalet Juara Lagoon ketika mereka dalam perjalanan pulang dari operasi mencari.

Kawasan tersebut merupakan salah satu laluan untuk ke air terjun Lubuk Teja yang ingin dikunjungi Huntley, 34, sebelum hilang pada 27 Mei lalu.

Gareth Huntley, Janet Southwell

Artikel Lain