suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Luyang Sertai MCA

Dr Hiew (dua, kanan) menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai MCA. Liow (tiga, kanan) turut menyaksikan majlis itu. Foto dari akaun twitter Liow Tiong Lai

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Chew, yang mengisytiharkan keluar dari DAP pada September tahun lalu menyertai MCA.

Bekas Ketua DAP Sabah itu menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai MCA kepada Pengerusi MCA negeri, Wilson Yong di sini, Jumaat.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyaksikan majlis itu berkata, tindakan Hiew itu membolehkan beliau berkhidmat untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan lebih efektif.

Mengalu-alukan kedatangan Hiew dalam parti itu, Liow menyifatkan Adun Luyang sebagai pemimpin yang berdedikasi yang memerlukan platform yang tepat untuk memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih baik.

Beliau berkata, MCA mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk menerima Hiew dalam parti itu.

Luyang, Dr Hiew King Chew, MCA

Artikel Lain