suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Bebas 21 Individu

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan 21 individu yang didakwa terbabit dalam perhimpunan haram pada ulang tahun pertama BERSIH.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memutuskan perkara itu dalam kamar selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

Pada 18 Sept 2012, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan 21 individu berkenaan daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram serta tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua individu berkenaan dan polis gagal menunjukkan peranan peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin bagi menyokong BERSIH pada 2008.

Antara yang didakwa ialah Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu serta peguam S. Ashok Kandiah.

Artikel Lain