suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghantar Piza Cedera Motosikal 'Tersangkut' Di Atas Bumbung Kereta

Sebuah motosikal penghantar piza melambung dan tersangkut di atas bumbung kereta dalam kemalangan di Jalan Telaga Air, Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang, Selasa.
BUTTERWORTH: Seorang lelaki penghantar piza cedera di kepala dan kaki apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Raja Uda di sini, Selasa.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Supt Ibrahim Abu Bakar berkata dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi menuju ke Jalan Telaga Air, di sini merempuh sebuah Perodua Kancil yang berhenti secara mengejut di bahu jalan. 

Mangsa Azmi Abd Ghani, 25, yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melambung sebelum motosikal bersama tong piza yang dibawanya tersangkut di atas bumbung Perodua Myvi, katanya ketika dihubungi.

Azmi dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilapor stabil.

Artikel Lain