suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Anggota Kumpulan Ah Kuang, Rampas Empat Kenderaan Curi

KUCHING: Polis Kuching menahan seorang lelaki anggota kumpulan Ah Kuang dan merampas empat kenderaan yang disyaki dicuri kumpulan itu sekitar bandar raya ini dalam Op Lejang malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi) Supt Fauzilan Abdul Aziz berkata suspek ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota polis dalam Op Lejang di kawasan Pending, Bintawa.

"Pemeriksaan badan ke atas suspek telah menjumpai kunci sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu Trooper yang disembunyikan di belakang sebuah hotel berhampiran," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Beliau berkata hasil soal siasat yang dilakukan, suspek turut mendedahkan ada tiga lagi kenderaan curi disembunyikan kumpulan tersebut.

"Tangkapan ini membawa kepada rampasan empat kenderaan curi yang dilakukan oleh kumpulan ini yang dilaporkan hilang empat tempat sekitar bandaraya Kuching di Bintawa, Padungan, Sekama dan Gita," katanya.

Fauzilan berkata suspek yang ditahan didapati positif dadah, dan polis sedang berusaha memburu dua lagi anggota kumpulan tersebut yang masih bebas.

Katanya anggota kumpulan itu bergerak sendirian dengan menyasarkan kenderaan 4WD serta kereta lama dan kenderaan yang berjaya dicuri akan diletak di kawasan sunyi untuk dilerai dan komponen pada kenderaan tersebut akan dijual bila ada permintaan.

"Dengan tangkapan ini juga, polis percaya banyak lagi kes curi kenderaan jenis lama akan dapat diselesaikan," katanya.
kumpulan Ah Kuang, ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain